Sunday, December 29, 2013

#pernas'13episod4

Kisah PERNAS'13 masih belum berakhir. Aku mahu berkongsi lagi. Apa yang kami rasai, apa kami hadapi, apa yang kami tempuhi. Biar menjadi pedoman, panduan serta iktibar buat generasi akan datang. 

Sehari sebelum pertandingan, aku terima satu msg dari seorang banin. Dia mahu berjumpa denganku dan beberapa orang banat juga. Kami bertemu di hadapan sebuah surau, di bahagian atas tapak perkhemahan banat. 

Mereka sedang menungguku. Antara banin yang ada masa tu ialah Usamah, Zaid Harithah, Saiful Imaan dan Z.A Afdhal. Manakala banat yang ada pula ialah Maryam, Adnin dan beberapa orang lagi. Aku sudah dapat meneka apakah agenda 'pertemuan' kami di situ. Maka, perbincangan pun bermula.

hangat dan serius perbincangan itu

"Cikgu, yang lain masih tak tahu lagi pasal pertandingan gajet takde. Ana tak sampai hati nak bagitahu. kitorang yang tahu ni pun down gile, macam mana nak bagitahu yang lain. Ana takut kalau bagitahu sekarang, diorang lagi down dan langsung taknak teruskan apa-apa."
"Cikgu, cikgu kena tolong kami. Cikgu tolonglah jumpa dengan tuan tu. Kitorang memang tak sedia nak masuk pertandingan based dan kawad ni. Tolonglah cikgu...Cikgu cakaplah dengan ustaz suruh ustaz cakap kat tuan tu kitorang taknak masuk pertandingan kawad dan based."
"Cikgu, jom kita jumpa tuan tu. Kita cari dia kat HQ."

Begitulah antara luahan dan aduan mereka. Pada saat itu, aku hanya mampu mendengar. Aku sendiri masih mencari penyelesaian. Aku mahu membangkitkan semula semangat mereka dalam masa yang sama aku mahu sebenarnya mereka teruskan juga perjuangan dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Namun, aku tidak akan memaksa mereka sedikitpun kerana aku mengerti perasaan mereka, tekanan yang mereka hadapi saat itu. Wajah-wajah antum, suara antum, luahan antum...semuanya masih segar dalam ingatan cikgu. Betapa antum dihimpit dengan pelbagai perasaan negatif saat itu.

Cikgu akan bersama antum. Cikgu akan cari solusi yang terbaik. Akhirnya kami berjalan bersama-sama mencari tuan yang dimaksudkan untuk meminta pelepasan/keizinan untuk tidak menyertai pertandingan based dan juga kawad. Pencarian kami hampa. Kami tidak berjumpa dengan tuan itu. Kami pun pulang ke tapak khemah masing-masing dengan kekecewaan. Dan selepas pertemuan itu, aku bagaikan hilang punca. Bagaimana mahu menaikkan semangat para pelajarku. Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum pertandingan.

Buntu bagaimana mahu menaikkan semangat banin dan banat saat itu. Banat, aku tidak risau sangat kerana mereka lebih matang dan aku ada bersama mereka. Tapi banin, dengan tiada siapa yang menguruskan mereka di sana (ada bagaikan tiada?). Dengan tiada sokongan daripada sesiapa di sana... Sedih aku mengenangkan keadaan banin di sana.
 
apakah solusinya saat itu?
Aku tiada pilihan. Aku perlukan bantuan seseorang yang rapat dengan banin untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada mereka. Aku pun hubungi Wafi. Seperti mana yang kuceritakan pada entri sebelum ini iaitu #imbas-PERNAS&WAFI.


 Keesokan harinya, beberapa jam sebelum pertandingan, aku menerima panggilan telefon dari seorang banin.

"Cikgu, ana nak bagitahu ni. Banin semua akan teruskan semua pertandingan. Kami akan teruskan masuk kawad dan based. Ana nak bagitahu tu je. Doakan kami cikgu. Minta banat doakan kami juga ya."

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...Itu sahaja yang mampu kuucapkan kerana dek kagum dan bersyukur dengan semangat banin yang berkobar-kobar dan tak kenal erti putus asa. Saat itu, aku berasa sangat bertuah menjadi guru pengiring kepada kadet-kadet yang kental, yang tak kenal erti mengalah dan yang kuat semangat juangnya. 

Inilah perwira-perwira SMIAAG!













 
Biar kita tak menang, asal kalah bermaruah! Semuanya demi redha Allah~

No comments:

Post a Comment