Thursday, January 2, 2014

#pernas'13episod5

Mereka kadet terbaik! Banin wa banat! Masing-masing terbaik! Kenapa aku begitu yakin sekali dengan tagline tu? Sudah pasti lah kerana kemantapan dan kemahiran yang mereka ada. Antum bayangkan, mereka langsung tiada persediaan. Tidak pernah buat latihan BaSed mahupun kawad, tetapi mereka melangkah gagah menuju medan pertarungan. Dalam masa beberapa jam atau boleh aku kata dalam beberapa minit saja, mereka cuba untuk mengingati setiap langkah dalam BaSed dan kawad. Dan ada juga yang baru saja belajar BaSed tapi boleh lakukannya dengan baik semasa pertandingan! Tabik Spring dari cikgu!!! 


Up!

Dan apa yang membuatkan aku lebih kagum dengan mereka, walaupun masuk pertandingan dengan senjata yang tumpul, namun mereka semua mendapat pujian daripada para juri dan pengadil. Aku sendiri yang mendengar komen dari pengadil BaSed banin ketika itu. Katanya,
"Saya tahu antum boleh lakukan yang lebih baik dari ini. Antum semua berbakat. Cuma antum tiada persediaan. Saya boleh lihat itu. Antum semua ada kemahiran."
Saya harap antum akan lebih bersedia di masa akan datang
 Bukan setakat BaSed, bahkan untuk pertandingan kawad banin juga, mereka mendapat pujian. Suara komandan yang jelas, kuat dan bersemangat. Walaupun dari segi kekemasan, kami tiada, namun mungkin disebabkan 'nilai' inilah, PERNAS'13 telah memilih Sarjan Zaim Aizat Afdhal sebagai ketua kontinjen yang mengetuai seluruh sekolah pada Majlis Perasmian Penutup PERNAS 2013. Sesuatu yang memang membangga! 


Pergh!! SMIAAG tunjuk belang!!!

Sudah aku katakan, mereka bukanlah kadet yang biasa-biasa saja. Segala usaha, segala potensi mereka tidak disia-siakan. Semua itu dinilai. Mungkin di sekolah, mereka tidak menyerlah, tidak nampak kepimpinannya. Tapi, di sini, mereka lebih menjadi diri mereka. Lebih berani ke depan. Lebih yakin kerana inilah kecenderungan mereka. 

Aku percaya, dengan meletakkan seseorang pada minat dan kecenderungan, akan mampu mengubah dan mendisiplin dirinya. Akan memberikan lebih keyakinan dan percaya diri. InsyaAllah, aku mengharapkan dan mendoakan mereka-mereka inilah yang akan mewarisi kepimpinan Syabab SMIAAG 2014 dan seterusnya. InsyaAllah!


Buat para kadet KRS, antum semua kena lebih bersemangat menghadapi tahun baru yang lebih mencabar. Antum kena lebih serius, lebih matang dan lebih berdisplin. Jangan sia-siakan peluang kedua yang antum dapat di SMIAAG. Cikgu doakan antum sukses dalam pelajaran dan juga SYABAB. InsyaAllah...


Sunday, December 29, 2013

#pernas'13episod4

Kisah PERNAS'13 masih belum berakhir. Aku mahu berkongsi lagi. Apa yang kami rasai, apa kami hadapi, apa yang kami tempuhi. Biar menjadi pedoman, panduan serta iktibar buat generasi akan datang. 

Sehari sebelum pertandingan, aku terima satu msg dari seorang banin. Dia mahu berjumpa denganku dan beberapa orang banat juga. Kami bertemu di hadapan sebuah surau, di bahagian atas tapak perkhemahan banat. 

Mereka sedang menungguku. Antara banin yang ada masa tu ialah Usamah, Zaid Harithah, Saiful Imaan dan Z.A Afdhal. Manakala banat yang ada pula ialah Maryam, Adnin dan beberapa orang lagi. Aku sudah dapat meneka apakah agenda 'pertemuan' kami di situ. Maka, perbincangan pun bermula.

hangat dan serius perbincangan itu

"Cikgu, yang lain masih tak tahu lagi pasal pertandingan gajet takde. Ana tak sampai hati nak bagitahu. kitorang yang tahu ni pun down gile, macam mana nak bagitahu yang lain. Ana takut kalau bagitahu sekarang, diorang lagi down dan langsung taknak teruskan apa-apa."
"Cikgu, cikgu kena tolong kami. Cikgu tolonglah jumpa dengan tuan tu. Kitorang memang tak sedia nak masuk pertandingan based dan kawad ni. Tolonglah cikgu...Cikgu cakaplah dengan ustaz suruh ustaz cakap kat tuan tu kitorang taknak masuk pertandingan kawad dan based."
"Cikgu, jom kita jumpa tuan tu. Kita cari dia kat HQ."

Begitulah antara luahan dan aduan mereka. Pada saat itu, aku hanya mampu mendengar. Aku sendiri masih mencari penyelesaian. Aku mahu membangkitkan semula semangat mereka dalam masa yang sama aku mahu sebenarnya mereka teruskan juga perjuangan dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Namun, aku tidak akan memaksa mereka sedikitpun kerana aku mengerti perasaan mereka, tekanan yang mereka hadapi saat itu. Wajah-wajah antum, suara antum, luahan antum...semuanya masih segar dalam ingatan cikgu. Betapa antum dihimpit dengan pelbagai perasaan negatif saat itu.

Cikgu akan bersama antum. Cikgu akan cari solusi yang terbaik. Akhirnya kami berjalan bersama-sama mencari tuan yang dimaksudkan untuk meminta pelepasan/keizinan untuk tidak menyertai pertandingan based dan juga kawad. Pencarian kami hampa. Kami tidak berjumpa dengan tuan itu. Kami pun pulang ke tapak khemah masing-masing dengan kekecewaan. Dan selepas pertemuan itu, aku bagaikan hilang punca. Bagaimana mahu menaikkan semangat para pelajarku. Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum pertandingan.

Buntu bagaimana mahu menaikkan semangat banin dan banat saat itu. Banat, aku tidak risau sangat kerana mereka lebih matang dan aku ada bersama mereka. Tapi banin, dengan tiada siapa yang menguruskan mereka di sana (ada bagaikan tiada?). Dengan tiada sokongan daripada sesiapa di sana... Sedih aku mengenangkan keadaan banin di sana.
 
apakah solusinya saat itu?
Aku tiada pilihan. Aku perlukan bantuan seseorang yang rapat dengan banin untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada mereka. Aku pun hubungi Wafi. Seperti mana yang kuceritakan pada entri sebelum ini iaitu #imbas-PERNAS&WAFI.


 Keesokan harinya, beberapa jam sebelum pertandingan, aku menerima panggilan telefon dari seorang banin.

"Cikgu, ana nak bagitahu ni. Banin semua akan teruskan semua pertandingan. Kami akan teruskan masuk kawad dan based. Ana nak bagitahu tu je. Doakan kami cikgu. Minta banat doakan kami juga ya."

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...Itu sahaja yang mampu kuucapkan kerana dek kagum dan bersyukur dengan semangat banin yang berkobar-kobar dan tak kenal erti putus asa. Saat itu, aku berasa sangat bertuah menjadi guru pengiring kepada kadet-kadet yang kental, yang tak kenal erti mengalah dan yang kuat semangat juangnya. 

Inilah perwira-perwira SMIAAG!













 
Biar kita tak menang, asal kalah bermaruah! Semuanya demi redha Allah~

Thursday, December 26, 2013

#pernas'13episod3

"Cikgu, kitorang taknak masuk kawad dengan based!" 
 Itulah luahan banat yang membuatku terdiam. Aku tak boleh paksa mereka. Aku memahami situasi mereka. Tiada latihan! Langsung! Boleh ke nak masuk? Banat, cikgu faham apa yang antum rasa. Begitu juga banat. Bila mana, banin ajak cikgu dan beberapa orang banat bertemu untuk meluah perasaan dan sekaligus mahu membuat 'tunjuk perasaan' kepada tuan itu, cikgu tahu antum benar2 buntu. Begitu juga cikgu. Pertemuan kita di Surau atas tu memang benar2 beri kenangan manis buat cikgu. Kita bersatu hati. Mencari tuan tu untuk menunjukkan perasaan.. =) 

Cikgu tak tahu kenapa, tapi cikgu perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan cikgu dan sekaligus memberikan sedikit semangat kepada antum semua. Jadi, cikgu memilih Wafi.


 luah perasaan
Selepas beberapa jam..





Akhirnya banin bangkit dengan semangat! Kawad dan based semua dicabar. Banat yang pada mulanya down juga turut mendapat tempias dari banin. Akhirnya kedua-dua pasukan banat dan banin mencabar diri dan berdiri dengan gagah dan bermaruah menyahut cabaran PERNAS 2013. Tahniah antum semua! Cikgu sangat2 bangga dengan antum! Semangat antum! Sebelum bertanding, cikgu sempat msg banin. Maaf tak dapat bersama antum. Cikgu doakan antum dari jauh sahaja.



Akhirnya, banin dan banat masuk juga pertandingan BaSed!  =) Tahniah Perwira-perwira SMIAAG!




Begitu juga dengan pertandingan kawad dan orientering. Alhamdulillah.. Antum adalah pemenang di hati cikgu!


#pernas'13episod2

Hari pertama di KEDA Resort. Semasa banat sedang bersemangat membina pengkalan di tapak khemah, membina gajet dengan tujuan untuk memenangi pertandingan gajet, tiba2 kami dikejutkan dengan satu berita sedih dan mengecewakan semua orang terutamanya banin. Apakah? Ya! Berita itu tidak lain adalah berita yang mengatakan bahawa TIADA PERTANDINGAN GAJET UNTUK PERNAS KALI INI! Doom!! Ibarat dipanah petir. Gugur, hancur luluh hati ini. Bila kenang balik segala usaha, masa, tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan untuk memenangi pertandingan ini... hati sangat sakit. Banat 'down' seketika. Apa lagi yang tinggal untuk kami? Kami dah buat keputusan untuk masuk pertandingan gajet dan orientering sahaja. Kawad dan based kami dah tolak awal2 kerana kesempitan masa. Tapi, bila pertandingan gajet dah tiada, apa lagi yang tinggal buat kami? Sedih sangat saat itu. Air mata jatuh berderai tanpa ada yang sedar. 

Adakah semua ini sia-sia? Beratnya ujianMu saat itu. Aku sakit mengenangkan pengorbanan semua pelajarku.. ='(





Salah seorang pelajarku.. 
"InsyaAllah...Doakan ana kuat nak hadapi realiti ni. Sakit jugak skrg ni"

Ketahuilah antum, cikgu juga sangat sakit saat itu. Kesabaran dan redha lah yang mampu cikgu rasa saat itu. Cikgu tahu, antum lebih lagi terasa. Itulah tarbiyah yang Allah nak ajarkan pada kita. Itulah tarbiyah. Cikgu percaya, Allah memang benar mahu menguji kita semua. Yakinlah. Percayalah. Andai kita berjaya harunginya, kita akan rasa manis pada akhirnya. 

Adakah antum semua telah merasai kemanisan tarbiyah Allah itu?

#imbas-PERNAS&WAFI

Masa hari-hari persediaan PERNAS, which is latihan... rasa macam kesian sangat kat budak-budak tu sebab takde jurulatih. Takde senior yang datang tolong melatih. Mereka buat latihan gajet sendiri je. Kawad dan based, takde siapa nak latih. Memang kesian. Tapi budak-budak tu cukup bersemangat. Dan bila mereka bersemangat, kenapa cikgu kena lemah kan? Cikgu turun bersama antum kerana semangat antum. Maafkan cikgu kalau cikgu tak banyak membantu. 

Sampailah satu saat.... Cikgu terima sebuah msg dari seorang alumni yang cukup mulia hatinya sehingga cikgu dah tak tahu nak cakap apa lagi disebabkan hatinya yang terlalu mulia.

kata2 yang menyejukkan hati cikgu. terima kasih Wafi.


Keesokan harinya dan hari2 seterusnya, alumni ini pun datang membantu adik2 berlatih. Menolong mereka tebang buluh, mengajarkan ikatan dan cara membuat gajet. Tolong cikgu belikan parang untuk sekolah. Ya Allah, besar jasa alumni ni buat sekolah, buat adik2 dan buat cikgu.. 

Sepanjang masa, setiap hari sebelum PERNAS, dia bersama kami. Memberikan sokongan dan motivasi serta tazkirah buat adik2..

Bahkan, pada saat adik2 sedang 'down' diuji dengan sesuatu semasa PERNAS, dia tetap setia memberi motivasi dan kata2 semangat buat adik2 sehingga adik2 bersemangat kembali! Terima kasih sekali lagi. 

Antara kata2 semangat darinya... 
"Slm usamah.ni wafi ni.dgr cte xde p'tndgn gajet?haha.chill je.p'tndgn xde xpe.asalkn skill korg ade.pstu korg kene buat ngn skola len kn?no hal la.aku dh aja korg kn cane nk potong buluh?cane nk cari buluh?cane nk ikat,cane nk kmskn.btol x?kau amalkn sume yg aku aja kt kau.ada manfaatnye.jgn down.blom hbs lg pernas.pertandingan pn blom stat lg.what you are gonna do is confident.dont lose hope.dont give up.you guys hv done your best.trust me.you guys can do it.no matter what,you and your gang will strive and move forward.ok?do your best.forget your last plan.create a new plan.it'll be hard,but it'll be fun n useful. Plus,jgn risau mng ke kalah.at least usaha.xde org akn marah korg kalo kalah.jgn risau.Allah tgk usaha.kejayaan tu sbg hadiah dr usaha korg.skng ada masa lg,do your best.work hard.kawad sume tu,jgn risau.walaupn hancur,at least try.usaha,usaha,usaha,jgn down.org islam yg gempak,walaupn dia down,dia ttp bgn semula.everytime.always.caye la bro.you can do it.naikkn smgt mmbr2 kau.we work as a team bro.dont forget it.team shud have teamwork."

Maaf, cikgu minta Usamah forward msg ni. Sebab cikgu sangat2 terharu banin tiba2 bersemangat nak teruskan perjuangan. Selain semangat tu lahir dari jiwa mereka sendiri, pastilah kerana adanya sokongan kuat dari seorang abang macam Wafi ni.

Jazakallahu khairan katheera buat anta, semoga Allah merahmati hidup anta, Muhammad Nur Wafi. 

Wednesday, December 25, 2013

#pernas'13episod1


Perkhemahan Nasional KRS Musleh 2013 atau singkatannya, PERNAS memberi 1000 erti buat diri ini terutamanya pada sisa-sisa hari tahun 2013 ini. Suatu perjalanan yang aku kira cukup rasa rencahnya, suka dan duka. Dan semua itu tidak lain hanyalah tarbiyah dari Allah untuk diri ini.

Habis saja program WAFA'13, aku diminta untuk mencari peserta bagi mewakili SMIAAG untuk ke PERNAS 2013. Pada tarikh 3 Disember 2013, aku memulakan pencarian. Habis segala medan kucuba. FB, whatsapp, private msg, FB messenger, melalui mulut dan juga melalui student sendiri.. Habis kadet KRS form 4 dan form 5 aku jejaki. Semuanya memberikan respon yang negatif. Dan aku, seorang diri mencari peserta.. Mana yang lain?? (kecuali ada seorang cikgu comel tu, sentiasa menyokong aku!). Kenapa aku beriya sangat? Kalau ada yang bertanya... Aku mahu 'all out' selagi masih ada tenaga dan masa lapang. Dan satu lagi, aku benar-benar merasakan ini adalah peluang yang baik untuk pelajar al-amin menimba pengalaman di PERNAS. Sayang sekali jika al-amin tidak menghantar wakil kerana pihak sekolah telah bersetuju untuk menanggung segala yuran perbelanjaan. Ya! Aku kena juga realisasikan harapan SMIAAG untuk PERNAS. TAPI, ada satu kekesalan yang besar. Aku kesal kerana pihak yang mendapat maklumat tentang PERNAS sebenarnya telah lama mendapat maklumat, tetapi tidak disalurkan secepat mungkin. Mangsanya adalah pelajar kerana terlalu 'last minute' dan tidak punya cukup masa untuk buat persediaan. Kesian mereka!

Pencarian peserta diteruskan. Aku sangat sedih dan kecewa sekali dengan kadet tingkatan 4 dan 5. Pelbagai alasan dan kekangan yang diberikan. 
"Diorg tak berminat cg"-banin form 5
"Sorry cikgu, Form4 banin ana rase smue x bleh la cikgu. Sori eh.."- banin form 4
Aku terpaksa redha. Perit tapi redha. Ada yang pada mulanya berminat kemudian menarik diri pada saat-saat akhir. Kadang-kala rasa nak ‘give up’ je. Aku bersyukur kerana beberapa kadet tingkatan 3 memberikan komitmen yang sangat baik! Mereka sangat bersemangat dan mereka jugalah yang membantuku untuk menambah peserta. Antara kata-kata yang menyejukkan hati dan memberikan ku semangat...
"Cikgu jangan risau, nanti ana hantar crew ana untuk PERNAS!"-banin form 3
"Cikgu boleh en kalau ana pergi pernas?"-banin form 4 <3
 Perancangan Allah jua. Keputusan PMR yang selalunya keluar dalam 23hb, keluar lebih awal daripada biasa iaitu pada 19hb. Jadi, pertambahan peserta daripada tingkatan 3 semakin bertambah. Mereka tidak mahu menyertai pada mulanya kerana mereka mahu mengambil keputusan PMR pada 23hb (kononnya) di mana tarikh PERNAS adalah dari 21-24 Disember 2013. Cantik kan perancangan Allah?? =)

Latihan PERNAS bermula. Dari 9hb-10hb. Kemudian berhenti seketika kerana memberikan laluan kepada Kem Qiyadah. Latihan bersambung semula pada 16hb-20hb. Bayangkan betapa pendeknya masa yang mereka ada untuk berlatih. Akhirnya kami semua mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan gajet dan orientering sahaja. Kami tak punya masa yang cukup untuk latihan kawad dan BaSed. Walaupun tak semua dapat hadir pada setiap latihan namun komitmen dan pengorbanan yang mereka tunjukkan sangat membuatku terharu. 


banat berlatih membuat gajet

banin membersihkan khemah

hasil kerja banin-meja makan

hasil latihan banin-kerusi
Mereka semua tekad untuk memenangi pertandingan gajet. Beberapa perancangan dibuat. Dalam 10 gajet yang mereka sasarkan. Bermula dengan draf, mereka rancang dengan melukis gajet tersebut sebelum berlatih dan melatih adik-adik yang kurang mahir. Banin form 3 memang sangat bersemangat! Aku sangat berbangga mempunyai kadet-kadet berkualiti seperti mereka. 

Hari dinantikan tiba. Akhirnya seramai 35 orang peserta berjaya dikumpulkan. Semua peserta berkumpul di sekolah pada malam 20hb. Kami bertolak ke Sik, Kedah pada pukul 11.30 malam. Perjalanan memakan masa selama 8 jam dan akhirnya kami tiba dengan selamat di KEDA Resort & Holiday, Kg Bendang Man, Sik, Kedah pada pukul 8 pagi.


setibanya di pintu masuk KEDA Resort

Selepas sesi pendaftaran, para peserta diarahkan untuk membina pengkalan di tapak khemah yang disediakan. Jauh juga jarak antara entrance dengan tapak khemah. Barang-barang kami sangat banyak dan berat ditambah dengan buluh-buluh dan kayu-kayu untuk pertandingan gajet nanti.


semangat banat!

sibuk mengikat gajet

banat sedang membuat gajet



smart kan campsite kami? =)



Maka, bermulalah kembaraku bersama banat tercinta. Banyak suka duka yang kami kongsi bersama. Di sinilah aku semakin mengenali banat. Sungguh indah ukhuwwah yang terjalin. Setiap daripada mereka punya karakter masing-masing yang istimewa di mataku dan menyentuh hatiku. Setiap daripada mereka..<3 <3

Sumaiyah- Seorang yang cool, kelakar dan mungkin kerana demam, dia agak blurr sikit sepanjang kem.. 

Ummu-Seorang kakak yang prihatin, risau dan bertanggungjawab..juga sensitif..dia tahu cikgu terasa hati dengan banat.. =P

Maryam-Selalu menjadi penggerak, kreatif, selamba dan sangat prihatin dengan kebersihan tapak kem. Ibarat 'abang' bagi semua orang... hensem!

Adnin-Mesra, kuat semangat, sentiasa jadi penyokong, rajin dan sporting.

Amira-Sentiasa menyokong Maryam, menjadi pemikir dan keseriusannya kadang-kadang terlihat. 

Ameerah-Paling ringan tulang, rajin mengemas dapur, selalu jadi volunteer..tq~

Balqis dan Sofiyah- adik yang bersemangat dalam apa jua aktiviti. Berkemahiran. Mendengar kata dan banyak idea bernas.

Liyana, Hanna dan Khadeejah- Mereka pelengkap banat. Kemahiran mereka jangan disangkal.

Amal, Zakirah dan Zaimah- Ceria, kecoh, santai tetapi tetap mahu belajar.

Adilah dan Izzah-Agak lembut, agak diam tapi tetap main peranan.

Aminah-Kelakar, suka ketawa dan tak kisah untuk cuba apa2 saja. Sentiasa semangat!


17 Banat SMIAAG yang mantap! <3




Semua karakteristik ini diblend sehingga membina satu pasukan yang mantap! Cikgu sangat gembira hidup bersama antum sepanjang 4 hari itu!






#pause

Berhenti sekejap. WAFA'13 terpaksa diberhentikan seketika sebab nak bagi laluan untuk PERNAS'13. Bukan apa, cikgu takut lupa detik-detik suka duka PERNAS'13 ni. Rasa tak sabar nak berkongsi  tentang PERNAS'13 yang baru je habis semalam. Memang penuh dengan suka duka. WAFA'13, nanti kita sambung ye.. =)